Wednesday, December 1, 2010

Perebutan Laut China Selatan

Laut China Selatan memiliki timbunan sumber asli untuk survival iaitu petroleum, gas asli, galian, perikanan, etc. Ia juga sangat strategik untuk bagi industry maritime dan juga menyediakan lapangan bagi aktiviti ketenteraan. Disebabkan faktor-faktor tersebut, tidak menghairankan jika ia menjadi rebutan  beberapa buah Negara iaitu China, Vietnam, Filipina, Taiwan, dan juga negara kita sendiri, Malaysia.
China antara negara yang paling agresif mahu menguasai Laut China Selatan. Ada satu laporan menyebut, China mahu menguasai 80% perairan tersebut. Antara tindakan ketara China yang dapat dilihat masyarakat dunia ialah melancarkan latihan meembabitkan kapal perang paling moden. Latihan tersebut yang berlangsung hampir 3 minggu, baru-baru ini termasuk di Gugusan Spratly yang turut dituntut Vietnam, Filipina, dan juga Malaysia.
Pada tahun 2009, berlaku beberapa perkembangan ‘besar’ yang mengocak kontroversi di Laut China Selatan sekali gus menyukarkan lagi usaha untuk mengekalkan kestabilan di rantau tersebut.

No comments: